Anda Pembaca yang ke :

Surah Al-Faatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani 1

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam 2

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani 3

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat) 4

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. 5

Tunjukilah kami jalan yang lurus. 6

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. 7


Ulasan

Pengikut

Catatan Popular

Surah An-Nisa

Surah Al-Araf

Surah Al-Tawba